This is The Real me...

My photo
jay bee, Malaysia
nothing special... nothing incredible and nothing awesomeness... juz 19 years old gurl fom jb that still ungraduated at uitm segamat that involve accidently in accountancy course.. huhuhuhu (regret?? not at all...)juz only have one sister.. (luv u damn much) even we like to argue.. hehehe.. luv both my mama n papa.. know sumthing?? i have a group names WELIMZ GURL since standard 3... luv them all... always there when i need a support.. and now,with me the most crazy fren in segamat that actually who help me in forgetting all my sadness and problem... Thanks to all u guys!!

Tuesday, August 21, 2012

EMPTY!

nobody can replace your place in my heart after this. but not because i love u but i don't want someone else like u. let it empty.

Wednesday, May 23, 2012

Sesal Tak Terluahkan

bila seorang kawan bercerita kisah die, teringat balik 1 kisah.... persamaannya banyak... mungkin kawan ni tak mampu ungkapkan sebab bende tu bukan semudah yang dapat kita bayangkan.renungkan lah...


Mungin ini takdir hidupku,
Menyimpan rasa tak terluahkan,
Mengungkapkata hanya melukakan,
Kerna kaitan hati bukan hanya kita berdua.

Hanya sang pencipta mampu tafsirkan,
Apa tersirat sekian lama,
Mencambah benci di dalam hati,
Menutupi akar kukuh cinta bersemi.

Kini ku harungi liku berduri,
Membenar kasih lain bertakhta di hati,
Cuma kesalku,ku tak mampu ungkapkan,
Sesungguhnya dulu bukan ku tak cinta.

Mungkin kini ku harus hidup dengan kebencian darimu,
Cukup sekali jika kau tahu isi hatiku,
Pergi ku dulu mempertaruhkan jiwa ragaku,
Demi kebahagiaan insan sekelilingku.

Haluan hidup kinimungkin berbeza,
Ku jalani apa hamparan di hadapanku,
Doa ku hanya bahagian milik kita jua,
Walaupun jodoh bukan bersama.

*kekesalan pabila seseorang terpaksa dibenci oleh orang yang pernah disayangi hanya kerana tidak mampu mengungkapkan kebenaran sebenar.

Friday, February 10, 2012

Indahnya Dugaan...

benar dugaan adakala amat sakit untuk diterima..
amat perit untuk dihadapi..
dan amat pahit untuk ditelan...
namun, apa yaang terlindung di sebalik dugaan sebenarnya sesuatu yang indah.
menghadapi dugaan, kesabaran menjadi tunjang utama.
hasil dari kesabaran adalah kebahagian buat kita.
mungkin allah menduga kita untuk melihat sejauh mana tabahnya hati kita.
semakin besar dugaan dari-NYA, semakin besar kasih sayangNYA pada kita.
hadapi dugaan dengan secekal mungkin.
mungkin awalnya kita mempersoalkan ketentuan tuhan.
meratapi dan menangisi apa yang telah terjadi.
alirkan air mata semahu kita andai itu mampu membuat hati kita tenang.
namun jangan biar ia berlarutan.
bangkitlah kerana dugaan bukan pemusnah kebahagiaan.
apabila kita bangkit, kita akan lihat jalan lain yang membawa kita keluar dari kesusahan.
di situ,kita akan melihat mengapa dugaan itu terjadi dan apa sebenarnya yang telah dirancang.
mungkin selepas dugaan yang satu itu berlalu, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
di situ juga kita mampu menilai kembali diri sendiri.
itu sebenarnya yang paling penting.

p/s: dugaan yang saya hadapi kini membuat saya lebih bersikap terbuka.

Friday, December 23, 2011

Pasangan ideal..



yey! gaga da ade pasangannya sekarang.. si comel "rara"
kesian gaga. ada kah patut gaga nak kena tukar nama kepada "cik buang"
tak nak la nama tu. cam nama orang veteran. cukup la saya je veteran.hehehe.
tau tak kenapa si dia bagi nama gaga, cik buang??
sebenarnya dia kata itu kenangan pada gaga.
sebab gaga pernah kene buang ke luar dengan saya waktu kami gaduh.
kesian gaga waktu tu.
nasib baik si dia amik balik kat luar.
kalau tak menjanda la cik rara kita.


lama tak bererti mengenali sepenuhnya...

bukan mudah nak mengenali lagi lah untuk memahami seseorang..
jangka masa yang entah berapa ela harus ada bukan?..
mampukah seseorang memahami begitu baik pasangannya?
mampu? tidak mampu? rasanya tidak ada yang mampu .. melainkan DIA.
senang untuk mengenali namun memahami seseorang bukan semudah disangka.

"aku kenal sangat pakwe aku tu.." "aku faham sangat perangai awek aku tu"

kata-kata ni senang diungkap tapi benarkah maksudnya?
adakah kamu pasti dengan setiap butir kata-kata kamu itu?
bertahun perkenalan bukan bererti kamu faham segalanya tentang dia.
buktinya masih ada pertengkaran mahupun perbezaan pendapat diantara kalian.
adakalanya hanya kerana isu yang sangat remeh.
kenapa mesti adanya perselisihan faham jika benar kamu memahami pasangan kamu.
percayalah.. kamu tidak akan pernah berjaya memahami pasangan kamu .
tetapi kamu harus sentiasa dan akan berterusan belajar memahami pasangan kamu.
jangan memahami pasangan hanya pada ketika ini tapi fahami lah dia selagi kamu bersamanya.
memahami pasangan lebih sukar dari menyayangi pasangan kita.
adakalanya putus asa menjadi pilihan tatkala hati sudah tidak berdaya menahan.
benar, tiada manusia yang mampu bersabar untuk jangka masa yang lama.
tapi fikirkan lah. sebenranya kesabaran da keredhaan kita adalah pengawal kebahagiaan.
sebuah hubungan yang indah dapat dilayari jika kesabaran terhadap pasangan menjadi layarnya. kefahaman terhadap pasangan menjadi nakhodanya. jika kefahaman tidak dapat mengemudi bahteramu,pastinya pincang perjalanan sebelum sampai destinasi kamu.
janganlah kita ingin orang lain sahaja memahami kita sedangkan kita tidak berusaha memahami kehendak orang lain. saling memahami sukar dikecapi tapi berusahalah.
kita sering kali cuba mengubah pasangan mengikut cita rasa hidup kita tapi pernahkah kita terfikir bahawa dia sebenranya terpaksa demi memuaskan hati kita. perubahan itu sebenarnya tidak akan pernah kekal lama. itu dirinya. kita meyayangi dirinya bererti kita harus menerima baik buruknya. selagi perangai buruknya tidak melampaui batas,kita harus menerima dan bermula disitulah kita harus bijak menyedarkannya. jangan memaksa. paksaan hanya mengeruhkan keadaan. sukar bukan untuk memahami?? kita haruslah sama-sama untuk terus berusaha memhami pasangan kita jika benar dia yang kita inginkan dalam hidup.

p/s: saya masih terus cuba memahami dia walaupun adakala hati saya teramat sakit dan kesabaran saya sampai kepuncaknya.




Tuesday, November 29, 2011

keinginan baru...

bosan kan asyik buat aktiviti yang sama hari2...
memandangkan selera makan yang betambah, berat ak semakin naik..
gila ape nak teruskan macam ni.. x slim la..heee...
berat da nak mencecah angka 6..
owh tidak!!! nightmare...
disebabkan i2 aku ada 1 keinginan baru yang semua membe aku tak percaya..
aku nak main gim..
tapi taknak la badan jadi beketul2 2.. aku sendiri geli..
takat dapat badan yang fit kan...
ada ke patut adik pie cakap aku ne kuruskan peha..
tak pe.. tengok la nanti..
haosemate aku pon macam ade tande2 nak ikot jejak aku..
terpengaruh ke??
tapi keinginan jela.. g jogging pon liat kan..
tapi memang nak!

p/s: kita lihat 2,3 bulan akan datang...