This is The Real me...

My photo
jay bee, Malaysia
nothing special... nothing incredible and nothing awesomeness... juz 19 years old gurl fom jb that still ungraduated at uitm segamat that involve accidently in accountancy course.. huhuhuhu (regret?? not at all...)juz only have one sister.. (luv u damn much) even we like to argue.. hehehe.. luv both my mama n papa.. know sumthing?? i have a group names WELIMZ GURL since standard 3... luv them all... always there when i need a support.. and now,with me the most crazy fren in segamat that actually who help me in forgetting all my sadness and problem... Thanks to all u guys!!

Saturday, August 28, 2010

Maaf ye... sy betol tak sengaja...

mesti kowg mara dengan aku kan...
aku tak ade niat sebenarnya...
aku tak tahu macam mane nak explain dengan kowg...
aku sebenarnya serabut...
nak cerita pun,tak tahu mane nak mula...
aku terpaksa batalkan janji tu..
aku tak nak mood kowg kurang sebab aku..
baik aku tak pergi....
dah dua hari aku bekurung..
macam-macam yang aku pukir..
entah la... aku pun tak tahu apa yang aku nak...
mungkin aku ne jadi pendiam lepas ni...
by the way,aku mintak maaf sangat-sangat...
seriusly,i'm really sorry...

Thursday, August 26, 2010

Buntu...

sedih rasa hati...
seringkali ku bertanya pada diri sendiri..
mengapa masih ada air mata untuknya?
mengapa mesti hati ini sebak tiap kali teringatkan dia?
lemahnya hati aku....
ku tidak sekuat luaran yang ku pamerkan...
aku berjaya menipu orang disekeliling aku..
tapi mengapa aku tidak mampu membohongi hati aku sendiri...
rasa sayang,rasa rindu masih menebal rupanya...
aku sedar betapa besar kau dalam diri aku...
kau dah berjaya takluki hampir kesemua hati aku..
bagaimana sekrang untuk aku hidup bahagia dengan sisa hati yg tinggal sedikit...
aku merasa sangat bersalah sekarang...
bukan aku tidak mencuba... bukan aku tidak inginkan...
memberi peluang pada yang lain untuk membahagiakan aku...
sekarang,aku beri peluang itu..
tapi ape benar hati aku mampu?
jahatnya aku bil bersamanya,aku membayangkan kau...
beritahu aku bagaimana untuk aku hapuskan kau..
beritahu aku cara aku membenci kau....
sangat terseksa bila diri aku merindui kau...
aku tidak sanggup menghancurkan hatinya sekrang..
dia berusaha memenuhi keinginan ku,kerenahku..
die berusaha membahagiakan hari ku...
tapi,aku.... aku yang punya masalah...
sejujurnya aku masih terlalu syang dan rindukan kenangan yang lama...
aku mohon maaf pada dirinya..
bukan aku tidak mencuba tpi aku masih terus mencuba....

Tuesday, August 24, 2010

Ujian bulan penuh keberkatan ni....

aku sebenarnya sendiri tak tahu apa da jadi ngan diri aku sendiri..
aku pon tak pasti ape benar aku jujur pada diri sendiri..
atau aku menipu diri aku hingga saat ini...
tapi aku masih mahu mempertahankan apa yang aku lakukan sekarang...
ada masa aku ingin sekali mengakhiri semuanya..
tapi sanggup ke aku melukakan persaan die yang menyayangi aku??
bukan aku tidak menyayangi die,jauh sekali membenci die..
jujur ku katakan,sayang ini tidak seperti pada yang dulu..
berbeza sungguh rasanya...
aku sangat jahat sekarang....
tidak sepenuhnya menyayangi dirinya...
terlalu banyak dugaan aku ketika ini..
tiada putusnya hasad dengki mereka di luar cuba menjatuhkan aku...
salah apa aku pada kalian??
apa kerana dia memilih aku sebagai teman hidupnya sekarang??
aku masih bertahan sehingga sekarang kerana aku tidak mahu menghancurkan sesuatu yang baru aku bina...
aku mencuba menyayangi dia sepenuhnya sekarang...
walau aku tahu dugaan yang maha hebat untuk aku menanti..
selagi aku mampu bertahan,aku tetap akan bertahan...
andai suatu hari aku mengundurkan diri,mungkin ketika itu aku sudah terlalu penat...
andainya terjdi,tidak mungkin aku menoleh kembali..
dan and

Monday, August 9, 2010

berikan aku ketenangan.....

ya allah....
aku mohon ketenangan darimu..
biarlah bulan yng penuh keberkatan ini memberikan aku kebahagian..
aku mohon kau ikhlaskan aku dengan segalanya..
aku tidak mahu terus begini...
masih mempertahankan sedikit rasa pada yang lama...
aku merasa sangat bersalah...
mungkin banyak dugaan yang harus aku lalui..
tapi kehadiran dirinya begitu cuba membuatkan aku bahagia..
aku tahu kau cuba meyakinkan aku...
membuktikan kesungguhan kau untuk bersama aku...
banar aku cuba menyayangi kau sepenuhnya..
benar aku cuba melupakan segalanya yang lalu...
cuma masih ada sisa kesedihan dalam hati aku...
yang kadang kala membuat aku sebak..
bukan aku tidak mampu menerima kenyataan..
tapi aku cuma mahu waktu untuk membina semula segalanya..
bersama kau yang banyak mengerti aku skarang...
aku berdo semoga bulan ramadhan ini menjadi permulaan segalanya..
tiada lagi dia di sisi aku mahupun kau...

Sunday, August 8, 2010

harapan atau angan-angan semata?

aku rasa hapi sekarang..
tapi aku tak pasti adakah itu sebenarnya bahagia..
benarkah hati aku kini tenang...
atau sekadar aku menutupi rasa sendiri..
kebahagian masa hadapan,ketenangan yang akan datang...
benar-benar aku dambakan...
aku kini cuba menjadi setabah-tabah wanita...
mengharungi dugaan walau dengan hati yang pedih..
menginginkan kehidupan yang berjaya, percintaan yang indah,persahabatan yang kekal... adakah ini harapan atau hanya angan semata?
mungkin bukan pada aku jawapan itu..
aku mohon padamu YA ALLAH...
jadikan harapan aku ini suatu kepastian...
berikan aku sinar kebahagian walaupun aku bukan insan yang sempurna...
yang tidak pernah menyempurnakan semua arahanmu...

Saturday, July 24, 2010

Harap kalian mengerti....

aku sedey sebenarnya...
aku tahu kalian tidak mengerti situasi aku..
aku bukan berubah..
aku bukan meninggalkan kalian..
dan aku juga bukan menyisihkan kalian...
kalian lebih mengenali aku..
kalian tahu,aku punya banyak arah..
yang perlu aku berikan perhatian juga...
aku rasa teramat sakit bila ada yang membuka cerita keburukan aku...
kenapa mesti begitu??
ingin sekali aku bertanya,adakah semua yang aku lakukan salah?
pernah kau melihat kebaikan yang aku lakukan untuk kau?
aku tidak mengerti mengapa cerita yang kau tebarkan tidak sepenuhnya kau luahkan..
mengapa hanya menampakkan kesalahan aku di mate yang lain?
dimana jalan cerita yang lainnya..
dimana situasi yang kau pernah lalui sama seperti yang kau ceritakan..
kau takut untuk menyatakannya bukan??
apa salah aku??
salahkan jika aku punya sahabat yang lain?
salahkan aku punya kekasih yang ingin aku temani??
mengapa kau yang aku kenali,sahabat..
melakukan ini semua..
aku fikir kau yang paling mengerti aku....
tapi,kalian seolah menghindar...
semakin hari,aku bukan semakin menjauhkan diri..
tapi hati kecil ini masih ada rajuk...
mungkin lebih baik aku berdiam..
biarlah aku dianggap salah kerana cerita kau..
yang aku tahu,aku tidak pernah mengabaikan kalian...
tidak pernah aku lupa pada kalian..kalian tahu itu sebenarnya...

susanya sekarang...

macam2 perasaan aku sekarang..
aku bahagia tapi kekadang ada duka..
bahagia yang bukan benar2 bahagia...
sukar dimengerti,bukan?
perselisihan faham..
perang perasaan..
semua menganggu kebahagiaan sebenar..
aku sendiri tak tahu apa yang aku inginkan...
yang aku sedari,aku tidak sebahagia dahulu...
aku ada teman yang menemani..
aku ada kekasih di sisi,
semua cuba memberi kebahagian kepdaku...
terima kasih atas usaha kalian..
aku menyayangi kalian..
cuma diri dan hati aku sendiri yang masih keliru...
kebahagian bagaimana yang aku cari..
ketenangan dulu jarang2 bertamu..
ada kalanya aku teringin sendiri..
tapi mampu ke aku keseorangan?
aku buntu dengan perasaan aku sendiri..
susanya aku untuk memahami diri aku sendiri...