Mungin ini takdir hidupku,
Menyimpan rasa tak terluahkan,
Mengungkapkata hanya melukakan,
Kerna kaitan hati bukan hanya kita berdua.
Hanya sang pencipta mampu tafsirkan,
Apa tersirat sekian lama,
Mencambah benci di dalam hati,
Menutupi akar kukuh cinta bersemi.
Kini ku harungi liku berduri,
Membenar kasih lain bertakhta di hati,
Cuma kesalku,ku tak mampu ungkapkan,
Sesungguhnya dulu bukan ku tak cinta.
Mungkin kini ku harus hidup dengan kebencian darimu,
Cukup sekali jika kau tahu isi hatiku,
Pergi ku dulu mempertaruhkan jiwa ragaku,
Demi kebahagiaan insan sekelilingku.
Haluan hidup kinimungkin berbeza,
Ku jalani apa hamparan di hadapanku,
Doa ku hanya bahagian milik kita jua,
Walaupun jodoh bukan bersama.
*kekesalan pabila seseorang terpaksa dibenci oleh
orang yang pernah disayangi hanya kerana tidak mampu mengungkapkan kebenaran
sebenar.