tolong jangan salahkan aku sorang...
sebab aku tak pernah salahkan kau.
mengata kau jauh sekali.
walaupun aku pernah rasa menyesal dengan keputusan aku,itu aku yang rasa.
aku tak pergi kepada kau minta simpati.
tak pernah sekali.
aku tak pernah ganggu lagi hidup kau.
kau bahagia,mungkin kau layak dapatkan.
aku tak pernah muncul antara kalian kan?
menyesal aku ada kalanya pada dia bukan kerana keputusan tu.
benar apa keputusan aku tidak berpihak pada kau.
kau tahu kenapa?
kerana ketika kau datang kepada aku,rupanya hati kau sudah ada juga yang mencuitnya.
hanya kau menunggu dia memberi balasan.
dalam pada itu lah kau mencuba mendampingi aku..
aku hanya persinggahan.
persinggahan sementara kau menunggu kapan kau akan melayari bahtera cinta baru.
aku tak pernah sangka tapi aku tak pernah marah.
itu hati kau,kau bisa lakukan apa jua.
hendak kau pertikaikan erti setia dan menunggu?
tidak perlu kita bahaskan keranaa kita berdua pernah merasakan.
jangan banggakan hal tersebut.
kini,andai kau bahagia,teruskan.
doa aku tak pernah yang keji untuk kau.
jika dia kau banggakan,jaga la dia.
jangan sesekali kau lepaskan tangannya.
ikat sekuat yang mampu hatinya dengan cinta kau.
kisah kita kisah lama.
kisah lama jadikan pengajaran saja.
apa yang aku luahkan sekadar apa yang aku rasa.
bukan menyesali memilih dia.
andai kau anggap kewujudan aku masih nampak di ruang mata kau,
hapuskan segala berkaitan aku.
anggap aku tak pernah wujud dalam hidup mahupun keliling kau.
aku akan paham itu.
p/s:tak perlu kau menunjukkan apa yang kau ada sekarang.mungkin ia akan hilang nanti. jagalah saja ia.
No comments:
Post a Comment