This is The Real me...

My photo
jay bee, Malaysia
nothing special... nothing incredible and nothing awesomeness... juz 19 years old gurl fom jb that still ungraduated at uitm segamat that involve accidently in accountancy course.. huhuhuhu (regret?? not at all...)juz only have one sister.. (luv u damn much) even we like to argue.. hehehe.. luv both my mama n papa.. know sumthing?? i have a group names WELIMZ GURL since standard 3... luv them all... always there when i need a support.. and now,with me the most crazy fren in segamat that actually who help me in forgetting all my sadness and problem... Thanks to all u guys!!

Friday, December 23, 2011

lama tak bererti mengenali sepenuhnya...

bukan mudah nak mengenali lagi lah untuk memahami seseorang..
jangka masa yang entah berapa ela harus ada bukan?..
mampukah seseorang memahami begitu baik pasangannya?
mampu? tidak mampu? rasanya tidak ada yang mampu .. melainkan DIA.
senang untuk mengenali namun memahami seseorang bukan semudah disangka.

"aku kenal sangat pakwe aku tu.." "aku faham sangat perangai awek aku tu"

kata-kata ni senang diungkap tapi benarkah maksudnya?
adakah kamu pasti dengan setiap butir kata-kata kamu itu?
bertahun perkenalan bukan bererti kamu faham segalanya tentang dia.
buktinya masih ada pertengkaran mahupun perbezaan pendapat diantara kalian.
adakalanya hanya kerana isu yang sangat remeh.
kenapa mesti adanya perselisihan faham jika benar kamu memahami pasangan kamu.
percayalah.. kamu tidak akan pernah berjaya memahami pasangan kamu .
tetapi kamu harus sentiasa dan akan berterusan belajar memahami pasangan kamu.
jangan memahami pasangan hanya pada ketika ini tapi fahami lah dia selagi kamu bersamanya.
memahami pasangan lebih sukar dari menyayangi pasangan kita.
adakalanya putus asa menjadi pilihan tatkala hati sudah tidak berdaya menahan.
benar, tiada manusia yang mampu bersabar untuk jangka masa yang lama.
tapi fikirkan lah. sebenranya kesabaran da keredhaan kita adalah pengawal kebahagiaan.
sebuah hubungan yang indah dapat dilayari jika kesabaran terhadap pasangan menjadi layarnya. kefahaman terhadap pasangan menjadi nakhodanya. jika kefahaman tidak dapat mengemudi bahteramu,pastinya pincang perjalanan sebelum sampai destinasi kamu.
janganlah kita ingin orang lain sahaja memahami kita sedangkan kita tidak berusaha memahami kehendak orang lain. saling memahami sukar dikecapi tapi berusahalah.
kita sering kali cuba mengubah pasangan mengikut cita rasa hidup kita tapi pernahkah kita terfikir bahawa dia sebenranya terpaksa demi memuaskan hati kita. perubahan itu sebenarnya tidak akan pernah kekal lama. itu dirinya. kita meyayangi dirinya bererti kita harus menerima baik buruknya. selagi perangai buruknya tidak melampaui batas,kita harus menerima dan bermula disitulah kita harus bijak menyedarkannya. jangan memaksa. paksaan hanya mengeruhkan keadaan. sukar bukan untuk memahami?? kita haruslah sama-sama untuk terus berusaha memhami pasangan kita jika benar dia yang kita inginkan dalam hidup.

p/s: saya masih terus cuba memahami dia walaupun adakala hati saya teramat sakit dan kesabaran saya sampai kepuncaknya.




No comments: