This is The Real me...

My photo
jay bee, Malaysia
nothing special... nothing incredible and nothing awesomeness... juz 19 years old gurl fom jb that still ungraduated at uitm segamat that involve accidently in accountancy course.. huhuhuhu (regret?? not at all...)juz only have one sister.. (luv u damn much) even we like to argue.. hehehe.. luv both my mama n papa.. know sumthing?? i have a group names WELIMZ GURL since standard 3... luv them all... always there when i need a support.. and now,with me the most crazy fren in segamat that actually who help me in forgetting all my sadness and problem... Thanks to all u guys!!

Friday, December 23, 2011

Pasangan ideal..



yey! gaga da ade pasangannya sekarang.. si comel "rara"
kesian gaga. ada kah patut gaga nak kena tukar nama kepada "cik buang"
tak nak la nama tu. cam nama orang veteran. cukup la saya je veteran.hehehe.
tau tak kenapa si dia bagi nama gaga, cik buang??
sebenarnya dia kata itu kenangan pada gaga.
sebab gaga pernah kene buang ke luar dengan saya waktu kami gaduh.
kesian gaga waktu tu.
nasib baik si dia amik balik kat luar.
kalau tak menjanda la cik rara kita.


lama tak bererti mengenali sepenuhnya...

bukan mudah nak mengenali lagi lah untuk memahami seseorang..
jangka masa yang entah berapa ela harus ada bukan?..
mampukah seseorang memahami begitu baik pasangannya?
mampu? tidak mampu? rasanya tidak ada yang mampu .. melainkan DIA.
senang untuk mengenali namun memahami seseorang bukan semudah disangka.

"aku kenal sangat pakwe aku tu.." "aku faham sangat perangai awek aku tu"

kata-kata ni senang diungkap tapi benarkah maksudnya?
adakah kamu pasti dengan setiap butir kata-kata kamu itu?
bertahun perkenalan bukan bererti kamu faham segalanya tentang dia.
buktinya masih ada pertengkaran mahupun perbezaan pendapat diantara kalian.
adakalanya hanya kerana isu yang sangat remeh.
kenapa mesti adanya perselisihan faham jika benar kamu memahami pasangan kamu.
percayalah.. kamu tidak akan pernah berjaya memahami pasangan kamu .
tetapi kamu harus sentiasa dan akan berterusan belajar memahami pasangan kamu.
jangan memahami pasangan hanya pada ketika ini tapi fahami lah dia selagi kamu bersamanya.
memahami pasangan lebih sukar dari menyayangi pasangan kita.
adakalanya putus asa menjadi pilihan tatkala hati sudah tidak berdaya menahan.
benar, tiada manusia yang mampu bersabar untuk jangka masa yang lama.
tapi fikirkan lah. sebenranya kesabaran da keredhaan kita adalah pengawal kebahagiaan.
sebuah hubungan yang indah dapat dilayari jika kesabaran terhadap pasangan menjadi layarnya. kefahaman terhadap pasangan menjadi nakhodanya. jika kefahaman tidak dapat mengemudi bahteramu,pastinya pincang perjalanan sebelum sampai destinasi kamu.
janganlah kita ingin orang lain sahaja memahami kita sedangkan kita tidak berusaha memahami kehendak orang lain. saling memahami sukar dikecapi tapi berusahalah.
kita sering kali cuba mengubah pasangan mengikut cita rasa hidup kita tapi pernahkah kita terfikir bahawa dia sebenranya terpaksa demi memuaskan hati kita. perubahan itu sebenarnya tidak akan pernah kekal lama. itu dirinya. kita meyayangi dirinya bererti kita harus menerima baik buruknya. selagi perangai buruknya tidak melampaui batas,kita harus menerima dan bermula disitulah kita harus bijak menyedarkannya. jangan memaksa. paksaan hanya mengeruhkan keadaan. sukar bukan untuk memahami?? kita haruslah sama-sama untuk terus berusaha memhami pasangan kita jika benar dia yang kita inginkan dalam hidup.

p/s: saya masih terus cuba memahami dia walaupun adakala hati saya teramat sakit dan kesabaran saya sampai kepuncaknya.




Tuesday, November 29, 2011

keinginan baru...

bosan kan asyik buat aktiviti yang sama hari2...
memandangkan selera makan yang betambah, berat ak semakin naik..
gila ape nak teruskan macam ni.. x slim la..heee...
berat da nak mencecah angka 6..
owh tidak!!! nightmare...
disebabkan i2 aku ada 1 keinginan baru yang semua membe aku tak percaya..
aku nak main gim..
tapi taknak la badan jadi beketul2 2.. aku sendiri geli..
takat dapat badan yang fit kan...
ada ke patut adik pie cakap aku ne kuruskan peha..
tak pe.. tengok la nanti..
haosemate aku pon macam ade tande2 nak ikot jejak aku..
terpengaruh ke??
tapi keinginan jela.. g jogging pon liat kan..
tapi memang nak!

p/s: kita lihat 2,3 bulan akan datang...

Friday, November 25, 2011

Please!

nobody is perfect...
why don't you try to fulfill my weakness with your strengths.
can u please stop to put all blame on me?
i'm so tired.
i have try my best.
please.

p/s:i'm sure you never think that i can behave like this. i'm tired.

Wednesday, October 5, 2011

Mungkin masenye belum tiba...

saya mintak maaf banyak2 pada semua..
mungkin ini bukan kehendak saya..
tapi jodoh masih belum mengizinkan..
bukan saya tak sayang awak...
tapi saya terpaksa utamakan pelajaran dulu..
ini harapan terbesar keluarga saya..
saya satu-satunya harapan mereka..
saya harap awak dapat tunggu saya..
saya tak paksa awak tunggu saya..
kalau jodoh tak ke mana kan awak?
saya tau saya dah kecewakan hati mak daan abah awak..
saya betul-betul mintak maaf..
saya tau itu kali pertama kali mak awak nangis depan saya..
saya rasa bersalah sangat..
tapi awak saya tak boleh buat apa-apa..
saya takkan sesekali bangkang keputusan keluarga saya..
mereka cuma mahukan saya berjaya dahulu..
saya mintak maaf ye..
mungkin belum masanya lagi..

p/s:saya tau awak segan hari tu bila saudara awak asyik bertanya tentang kita. belum sampai jodoh kita awak. ingat itu ye.

Saturday, September 17, 2011

debaran semakin kencang...

kenapa la hati aku tak tenang ni...
nasib baik aku tak ade sakit jantung..
tapi aku tau heart beat aku bertambah laju tiap hari...
hahaha..sengal kan...
macam nak jadi ape je...
sebenarnya aku tak pasti apa yang aku rasa...
tapi aku da buat keputusan...
lepas semua yang terjadi,aku da bulatkan hati...
tak ade pape lagi tok direnung pada masa silam..
masa depan menanti,kan?
dan syukur alhamdulillah gak 1 perkara ni menunjukkan hala tuju hidup aku...
mendapat berkat dan restu dari keluarga pakwe sesuatu yang indah kan?
apetah lagi bila kte da disayangi macam anak sendiri...
layanan yang tak sanggup kte kehilangannya...
tapi takut jugak semua 2 berubah bila terjadi sesuatu yang tak terfikir dek akal kan...
sebenarnya 2 yang aku risaukan...
takut aku akan kehilangan kasih sayang sebuah keluarga 2..
sejak aku yakin tok hidup aku ni, aku hapi...
aku da ikhlaskan hati..
menerima dia seadanya...
dan yang paling membuat aku terharu bila aku ingin dirisik...
cuma yang tak pasti ada ke masa nye sesuai untuk aku melangkah ke suatu hubungan yang lebih dalam...
mungkin jika keluarga aku tidak keberatan, mungkin aku akan diikat..
tak tahu la ape yang jadi kan nanti..
lambat atau cepat,kalau ada jodoh tak kemane kan...
yang penting,ke 2-2 family da bekenalan..:)

Tuesday, August 16, 2011

jangan salahkan aku,boleh??

tolong jangan salahkan aku sorang...
sebab aku tak pernah salahkan kau.
mengata kau jauh sekali.
walaupun aku pernah rasa menyesal dengan keputusan aku,itu aku yang rasa.
aku tak pergi kepada kau minta simpati.
tak pernah sekali.
aku tak pernah ganggu lagi hidup kau.
kau bahagia,mungkin kau layak dapatkan.
aku tak pernah muncul antara kalian kan?
menyesal aku ada kalanya pada dia bukan kerana keputusan tu.
benar apa keputusan aku tidak berpihak pada kau.
kau tahu kenapa?
kerana ketika kau datang kepada aku,rupanya hati kau sudah ada juga yang mencuitnya.
hanya kau menunggu dia memberi balasan.
dalam pada itu lah kau mencuba mendampingi aku..
aku hanya persinggahan.
persinggahan sementara kau menunggu kapan kau akan melayari bahtera cinta baru.
aku tak pernah sangka tapi aku tak pernah marah.
itu hati kau,kau bisa lakukan apa jua.
hendak kau pertikaikan erti setia dan menunggu?
tidak perlu kita bahaskan keranaa kita berdua pernah merasakan.
jangan banggakan hal tersebut.
kini,andai kau bahagia,teruskan.
doa aku tak pernah yang keji untuk kau.
jika dia kau banggakan,jaga la dia.
jangan sesekali kau lepaskan tangannya.
ikat sekuat yang mampu hatinya dengan cinta kau.
kisah kita kisah lama.
kisah lama jadikan pengajaran saja.
apa yang aku luahkan sekadar apa yang aku rasa.
bukan menyesali memilih dia.
andai kau anggap kewujudan aku masih nampak di ruang mata kau,
hapuskan segala berkaitan aku.
anggap aku tak pernah wujud dalam hidup mahupun keliling kau.
aku akan paham itu.

p/s:tak perlu kau menunjukkan apa yang kau ada sekarang.mungkin ia akan hilang nanti. jagalah saja ia.

Wednesday, August 10, 2011

AKU MULA FED UP!!!

Aku benci jadi perempuan penyabar..
aku benci jadi perempuan jujur..
aku benci jadi perempuan setia...
penyabar,jujur dan setia pada orang yang tak tahu menghargai...
disebabkan itu,aku jadi perempuan bodoh.
seakan aku mengemis kasih dan perhatian.sebab apa??
sebab dia rasa aku terlalu memerlukan dia.
sebab dia rasa kedudukan dia kukuh.
sebab dia rasa aku tak mampu hidup tanpa dia.
andai kau tahu bukan sebab itu semua.
aku masih mahu mempertahankan dan bersabar kerana hubungan ini sudah lama terjalin.

p/s:tolong jangan kau uji lagi kesabaran aku. tolong.

perasaan semata @ hakikat??

aku tau kau sayang aku. tapi sayang yang macam mane ea?


*kenapa aku rasa kau tak fikirkan keselesaan aku?
*kenapa aku rasa kau anggap aku sentiasa ada untuk kau?
*kenapa aku fikir kau tak fikir yang aku mampu tinggalkan kau?

p/s: aku tak suka kau on9 tapi sebuk nak add perempuan lain. aku kan ada da. kecik hati aku.

Tuesday, July 26, 2011

Realiti vs Fantasi


FANTASI

dunia berfantasi sememangnya indah..
segala perjalanan diimpikan berakhir bahagia..
tiada duka mahupun sengsara mendatang.
hanya yang indah terlakar di akal fikiran.

REALITI

dunia dengan realiti sememangnya sukar diterima..
segala kenyataan mesti dihadapi walau tanpa kerelaan.
realiti bukan hanya berpaksikan kebahagiaan semata namun adakalanya realiti lebih mendatangkan kesakitan.


FANTASI : Saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila. sampai saya termampu tahan
perasaan saya ni. saya sayang awak. saya nak dengan awak sampai bila-bila kalau
boleh. saya tak kan jumpa lagi orang macam awak. hati saya dah tak nak orang lain.
biarlah saya keseorangan. saya lebih selesa macam ni sebab saya masih tunggu
awak. saya sekarang tak ada ape-ape perasaan pada orang lain.

REALITI : Penantian sebenarnya satu penyeksaan. jangan pernah ungkapkan kalau tidak
benar memaksudkannya. perasaan manusia boleh berubah. tiada ungkapan
"sampai bila-bila" selagi tiada buktih kukuh menyokong. hati manusia juga boleh
beralih arah. selagi hati itu hidup,selagi itu ada keinginan untuk dicintai. tiada
insan yang rela berseorangan melayari kehidupan ni. pasti suatu hari akan berganti
dan ada yang menemani.


"mendengar fantasi berbicara, sungguh indah butir kata yang terungkap. membuai perasaan. membuat diri berada dalam dunia khayalan. mengharap butir bicara akan terlaksana supaya kebahagian yang dikecapi bakal hakiki. namun,bila realiti menyedarkan, fantasi sebenarnya hanya memberi gambaran indah yang belum tentu terjadi akhirnya. realiti menyedarkan ada masa butir bicara fantasi hanya memberi harapan yang tak pasti."


*tak ade manusia yang sanggup berseorangan. walapun pernah diungkapkan begitu. namun,pasti akan cari pengganti. manusia mana yang sanggup menjadi penunggu yang setia kepada cinta. TIADA.



Wednesday, March 2, 2011

Tensionnya.....

Seriusly unintended tension sangat sekarang...
rasa serabut dalam sebulan ni...
badan pun letih semacam je..
kalau boleh rasa nak melepek je...
tak nak buat kerja lain..
rasa macam nak menjerit kuat-kuat..
banyak perkara yang buat kepala aku tension:
(1) pergi kelas naik motor. Selama aku hidup 20 tahun ni, buat 1st time la aku ulang alik naik motor.. memang penat. bukan memilih tapi serius aku penat. memang la bersyukur dapat pinjam motor sebab kete membe aku sampai sekarang tak siap lagi. tapi masalahnya condition motor tu..almaklum lah motor tu da lame tak guna. so,tuannya tak la jaga sngat. aku risau sangat naik motor tu. da la tak ade side mirror.. bunyi mak aii... rasa macam semua orang tau kedatangan kitowg kat u tu...

andai la condition motor tu macam ni... tapi....
(2) Muke aku teruk ne sunburn n mengelupas. boleh bayang kan tak hidup sorang perempuan bila kena masalah ni. Sumpah aku tension! da macam-macam aku buat. orang suruh pakai moisturizer,pon xjalan... pakai sunblock pon tak jalan.. aku nak buat ape lagi???? nak tak nak aku terpaksa gak ne panas sebab naik motor. kalau mengelupas sikit tak pe.. ni nampak ketara tau tak. ramai gak yang da tegur. aku mampu senyum je la.. bila la dapat kembali ke muka normal ni..rasa nak nagis tau tak..:'(
macam ni la muke yang mengelupas..
(3) mata aku kena ketumbit. sakit tau tak nak kelip mata. kenapa la boleh kena time2 ni gak.. owg dulu2 cakap kalau kena ketumbit,kita ade ngendap orang. sape pulak la yang aku ngendap ni.. tak ade tau... sakit la... n ketumbit tu mkin besar.


tapi ketumbit aku belah atas mata belah kiri..

p/s:help me plz...





Monday, February 28, 2011

Sekali Ini Saja - Glenn Fredly
bersamamu kulewati lebih dari seribu malam
bersamamu yang kumau namun kenyataannya tak sejalan
reff:
tuhan bila masih ku diberi kesempatan
ijinkan aku untuk mencintanya
namun bila waktuku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ini saja
repeat *repeat reff:
tak sanggup bila harus jujur
hidup tanpa hembusan nafasnya
tuhan bila waktu dapat kuputar kembali
sekali lagi untuk mencintanya
namun bila waktuku telah habis dengannya
biarkan cinta ini, biarkan cinta inihidup untuk sekali ini saja

Wednesday, February 23, 2011

Sampai bila?

bersemuka sudah.. bertanya hati ke hati pon sudah..
tapi mungkin jawapan yang diharapkan tak berapa memuaskan..
tidak memuaskan untuk hati seorang wanita..
unintended :"kenapa abg selalu wat tak kesah dengan ayg?"
abang : "mane ade buat tak kesah...kan abg layan ayg"
unintended : "tapi kalau ayg cakap atau cerita dengan abg, abg mcm nak xnak je dengar"
abang : "abg dengarlah.. sape kate abg tak dengar. memng nampak abg tak dnegar tapi sebenrnya abg dengar"
unintended : "tapi ayg rasa macam cakap dengan batu"
abang : "ape pulak ayg cakap macam tu"
unintended : "kenapa? abg bosan ke? ayg nak jugak mcm orang lain.. beborak dengan couple die.. bergayut..1 hari bole kire msj abg tok ayg.. kol lagi la..takat 5 min pon tak smapai"
abang : "ayang ni tak faham abg lagi la..perangai abng memng macam ni.. mak n abah abg pon tau"
unintended ":tapi.... ayg nak macam orang lain jugak"
satu lagi perkara yang harus diberitahu....
unintended :"Abg,die datang balik... die akan tunggu ayg selagi die mampu"
abang :"ayg syg die lagi ke?"
..........DIAM............
unintended:"macam mane kalau ayg cakap ayg masih syang n tak boleh lupakan die lagi"
abang :"maknanya ayg tipu la hati ayg selama ni"
unintended :"abg kecewa ke?"
abang :"mesti la abg kecewa..ayg pk la mane yang terbaik"



sedih..masih memikirkan sesuatu...



Saturday, February 12, 2011

Ting Tong!


saya buat kerja giler semalam....
saya tak tahu kenapa saya buat macam tu..
saya tak pernah macam ni sebelum ni...
kenapa saya contact die...
giler la saya!!!!!!!

Wednesday, February 9, 2011

Terjadi lagi!!

tak habis-habis bergaduh! egonya dia!
hargai lah aku!

Gara-gara "BAH"!!

Serius serabut sangat hidup aku kat segamat this week
rasa macam nak gila dibuatnya..
dengan rumah yang besepah,assignment n class..
semuanya gara-gara banjir..
oh tidak! tak ade ape yang selamat kat rumah aku..
tapi nasib baik rumah aku 2 tingkat.. atleast baju letak atas..
tapi yang lain,kirim slam jelah nak selamat kan..
1st time aku bukak sliding door rumah aku, amek ko!! sumpah cantik!
ni lah keadaan yang dihidangkan tok aku..
memang mula-mula tak tahu nak start dari mane kemas barang ni semua..
nasib baik jugak la parents aku yang hantar balik segamat..
dieorang la tolong bersihkan rumah..
memang hampuir semua aku rasa nak buaang je...

haaa..... comforter kuning milik cik "yuni ler"

aku lemah nak cuci barang kecik-kecik ni..


memang hilang rasa malu bersila depan uma cuci barang..
ade korang nampak tayar kereta myvi tu??
itu lah myvi membe aku yang kelemasan hari tu..
sayang seribu kali sayang..
memandangkan bah datang melanda waktu semua tak ade,kereta pun tak dapat diselamatkan..
ni nak cerita sikit,kalau air nye takat tayar tak pelah..
leh paham tak yang myvi 2 150% sinking!!
rumah aku naik 5 kaki air.. kalau aku da hapus tau tak..
gara-gara myvi tak mampu bergerag,kitowg terpaksa la naik motor..
tu pon motor "pinjam" orang ok..
no side mirror! (jangan la ada polis...plzz...)
aku tak sanggup betol naik motor pakai baju kurung..
susah nak naik n turun motor..
pelik sangat ke kiteowg naik motor sampai semua nak hon..
sumpah aku malu!
helmet pon terpaksa pinjam..
gara-gara banjir jugak la presentation bel aku teruk sangat..
tah pape je ktowg buat..
sedih tau tak..
bila la hidup aku boleh kembali normal...

Aku bertambah geram bila nak pergi ambil borang banjir dekat ketua kampung.. duduk taman perkasa tapi kene ambik dekat ketua kg jawa. punya la susah nak dapatkan borang tu..sampai ke hari ni ktowg masih tak dapat lagi.. aku geram dengan penghulu tu.. baru penghulu kot.. cuba la cakap baik dengan orang.. belum jadi menteri lagi..ingat sikit,ko tu penghulu je.. beradab la sikit... bila tepon ketua kh plak, macam-macam la.. penat ktowg jalan hari 2.. da nak dekat sampai sekolah,dia leh cakap dia da balik.. agak-agak kureng tak die tu?? bila tanye rumah,bagi guide pon tak betuil.. n yang betul2 aku sangat2 la tak paham adalah dia sendiri tak pasti"WARNA RUMAH SENDIRI".. geram aku...

p/s:rumah kesayangan kami masih berada dalam keadaan SERABUT!





Wednesday, January 26, 2011

Mimpi Semalam...

Nampaknya entri Unintended bekisah coretan hati lagi..
mungkin kerana kisah semalam..
terbawa-bawa sampai ke alam mimpi..
mungkin kata orang mimpi hanya mainan tido..
tapi mimpi semalam meninggalkan kesan..
meninggalkan sesuatu perasaan yang sukar ditafsir..
mengingati kembali kehidupan dalam alam mimpi..
"dia" datang kembali menemui aku..
memeluk erat aku kembali seperti dulu..
katanya yang masih terngiang
"saya tahu awak rindukan saya"
menangis aku..
benarkah dia tahu apa yang aku rasakan?
tapi tidak seindah itu..
dalam mimpi jugak aku masih merasa kesakitan nya..
menyakiti hati dua insan..
cuba menjaga hati keduanya..
tapi "dia" hilang kembali...
walaupun dalam mimpi dia pergi jugak..
mungkin aku yang tidak menahan..
mampukah aku menahan?
sebab jawapannya aku sendiri tak pasti.
rupanya hanya mimpi..
mimpi seperti kenyataan yang aku hadapi..
mungkin seperti mana mimpi harus dilupakan,begitu juga realiti...

Tuesday, January 25, 2011

bersama mencari kebahagiaan....

untuk dia.....
awak...
saya masih mencari kebahagiaan saya..
saya masih cuba mempertahankan apa yang ada..
awak kenal saya bukan?
selagi saya mampu sya pertahankan ape yang da dibina..
sesakit mana..sehebat apa dugaan saya..
memang saya masih tertanya-tanya..
hati saya masih berkira-kira..
sya mencari erti kesetiaan dan kejujuran..
mencari sebuah hubungan yang berpanjangan..
juga mencari "dia" yang menyayangi saya sepenuhnya..
saya mahukan awak bahagia..
saya tahu awak akan bahagia..
bahagia dengan seseorang yang menyayangi awak..
belajar la menerima dia..
belajar menyayangi dia..
saya tahu awak tak kan keseorangan walaupun tanpa saya..
saya hanya serpihan hidup lampau awak..
saya pasti akan hilang seiring waktu...
kebahagiaan menanti awak...
saya hanya mampu menyakiti awak...
awak jaga diri baik-baik ya..
p/s:kenangan terindah

Monday, January 24, 2011

Hari yang suram barangkali....

Hari ni rasa tak ade perasaan kat die... kosong....
sedih sangat pagi ni...
kenapa la benda yang sama jadi lagi kan...
sedih tu tak payah nak cakap lagi la..
bukan sekali tapi da banyak kali..
nak cakapa apa lagi pon da tak tau..
kenapa agaknya dia macam tu kan?
apa lagi yang dia nak aku buat agaknya..
bila aku cakap,mesti dia cakap "aku tak paham dia"
kalau betul aku tak paham dia,bagi aku paham..
cakap dengan aku,terus terang dengan aku..
tolong jangan simpan je..
ape yang aku buat aku rasa tak bagi makna pada dia..
memang kecik hati snagat tapi kadang2 terpaksa diam je..
tapi malam tadi memang aku sangat kecik hati..
memang penat sangat semalam..
tapi aku da janji nak masak kan asam pedas untuk dia...
mungkin da lewat jugak ktowg makan malam tadi tapi aku tetap buat..
ajak dia ngan membe dia makan...
ape yang buat aku sedih,membe dia boleh ucap terima kasih..menghargai..
tapi dia? tak cakap pape..bila balik,xmsj pon aku..
bila aku kol,dia kate tak ade credit.. da bape ari dia ckp nak topup tapi xtopup gak..
bila aku bersuara,dia mara..letak fon..xnak angkat lagi..
aku bukan nak apa..atleast hargai apa yang aku buat tokdia..
bila bagi pape pon macam tak ada perasaan..
hati perempuan mane yang tak sedih kan?
hati mane yang leh selamanya bertahan kalau macam ni je..
kadang2 terfikir jugak..
sampai bila aku akan bertahan dengan dia...
penat rasanya ...
da macam2 jadi pon tak buat dia buka mata tok lebih hargai aku..
mungkin dia akan nampak bila aku tak ada dengan dia lagi agaknya..
kenapa dia macam endah tak endah je?
kalau untuk aku sumenye dilambatkan..kalau untuk orang lain,dia usahakan cepat..
kali ni rasa kosong hati aku ni..
sampai saat aku tulis entri ni pon,dia masih tak contact aku..
even sekadar ucap hai atau say sorry..
aku jugak ke nak kena mengalah lagi?
kali ni mungkin aku tengok je la ape jadi..
sakit sangat hati aku kali ni..

hati ni nak kena ubat...

p/s:aku bukan hadap dengan ape yang kau ada pun..



Wednesday, January 19, 2011

memikirkan dan melupakan..



Sesuatu yang patut difikirkan:




tak sedar rupanya aku dah sem 5 kat uitm ni..


baru nak bukak mata ke cik kak?


hahaha...tanya jawab sendiri la ye..


kenapa tah tibe2 rase nak fikir masa depan pulak..


mungkin sebab takut kawin lambat agaknya...


patut ke sebab tu??..(joking)


actually n sebenarnya, ada la aku dapat sedikit "sinar harapan" dari lecturer FAR aku pagi ni. tapi serius la die leh buat aku berfikir sejenak (harap2 terus berfikir la)


mane la tujuan sebenar hidup aku mulai sekarang.


macam takut la pulak bila fikir aku tak buat ape2 keputusan lagi.


ape yang aku nak buat lepas dapat diploma ni...


sambung degree ke? tapi degree ape? mampu nak teruskan dengan accountancy??


ya allah..beratnya rasa..


tak kan nak terus kerja.. memang la ada diploma tapi akan datang mungkin diploma pon susa nak dipandang kan...


takkan nak kawin terus kan... cam sia2 je mak bapak i habes duit tau..


so, aku masih terus berfikir..


kena ingat yang masa tu da semakin hampir..bukan makin menjauh.. set kat fikiran ye eyda....




Sesuatu yang patut dilupakan..





lupakan je la apa yang orang nak cakap kalau aku rasa benda tu tak betol..


kenapa agaknya senang orang nak mengaburu mata n hati orang lain..


kadang-kadang kita da h terlebih awal kenal seseorang tu..


tapi dia masih tak kenal kita.. mungkin sebab kita kenal hanya atas nama sahabat..


bila datang orang baru, yang mungkin dianggap lebih dari kawan,semua berubah..


senangnya dia wat penilaian yang baik tentang orang tu..


mana sebenarnya yang lebih kau kenal agaknya ea?


tapi aku malas nak fikir.. ini yang patut dilupakan..


orang ada yang datang dan pergi kan...


lupakan juga orang yang buat macam-macam supaya aku marah.


seronok ke kau dapat buat aku mara?


aku tak faham kenapa kau perangai macam tu padahal kau pun perempuan..


tapi ada jugak perkara yang patut dilupakan tapi amat sukar nak dilupakan..


mungkin sesorang..


memang aku kena melupakan tapi ada jugak hakikat hati yang masih tak nak melupakan..


tersentuh jugak bila masih die mengambil berat tentang aku..


"jangan minum nescafe lagi, u tu sakit"


ayat ni akan sentiasa aku ingat.. xmungkin aku lupa...


dah la... semuanya dah berubah..


life must go on..forward.. remember that..


just make it as a sweet memory taht is so precious in life.



p/s:kadang-kadang terasa rindu

Monday, January 17, 2011

menyakitkan hati....

ATTENTION!!!!

kenapa la perempuan sorang ni tak paham bahasa ea?


da cakap cara baik pon masih tak ada kesedaran..


nak kata tak ada perasaan,mustahil...


kenapa masih nak sakitkan hati aku..


ada ke aku kacau hidup kau?


kalau kau perempuan yang ada perasaan dan hati, walaupun sikit,


stop from being so annoying..


kalau cakap perempuan tak tahu malu baru kau sedar agaknya..


bagi lah aku hidup bahagia..


stop ganggu hidup aku...
aku rase mesti muka perempuan tu macam katak ni..

Wednesday, January 5, 2011

New Sem n should i be a new me??

still me or new me..
should i be a new me?
a totally different from last year.
last sem was the worse sem ever in my life..
my life,my study is so suck...